Wakil FBI Cemerlang di IUCEL 2021

FBI sekali lagi membuktikan bahawa ia setaraf dengan fakulti universiti awam dan antarabangsa yang lain apabila dua stafnya menjadi pemenang pingat di International University Carnival on e-Learning 2021.

Dr. Nur Hafezah Hussein dan Nor Hanim Mustafa memenangi pingat emas dalam Invention, Innovation and Design on e-Learning (IIDEL) IUCEL dengan inovasi bertajuk Play and Change: Meaningful English Language Learning Through IFRAMES Minecraft.

Di samping itu, Dr. Ahmad Abdul Rahman juga memenangi pingat emas untuk inovasi bertajuk ARabic-KAFA: The Development of Augmented Reality Application for Learning KAFA Arabic Vocabulary.

Pencapaian FBI tidak berhenti di situ kerana apabila Puan Lena Ramamurthy berjaya membawa kembali dua pingat perak untuk dua inovasi, M-Learning: Using Telegram to Engage and Gamify ESP Learning, Telegram: Survivor Escapism for Low-Bandwidth Learners.

IUCEL 2021 ialah kesinambungan National University on e-Learning (NUCEL) yang diadakan pada tahun 2014 dan 2015.

Pada tahun ini, kira-kira 200 produk inovasi dan inovasi pembelajaran dipertandingkan pada acara tersebut oleh institusi pendidikan tempatan dan antarabangsa yang melibatkan program Augmented Reality, MOOC, perisian kursus, Hologram, Web 2.0, Aplikasi Mudah Alih, Portal, Gamifikasi dan Holografi.